Kerjaya kelab Thomas_Doll

Doll memulakan kariernya bersama kelab tempatan, BSG Lokomotiv Malchin sebelum sertai kelab divisyen pertama Jerman Timur (DDR-Oberliga), Hansa Rostock. Pada tahun 1986, beliau melakukan perpindahan ke Berliner FC Dynamo, antara kelab gergasi negara itu. Beliau meraih dua gelaran liga pada tahun 1987 dan 1988 dan beliau turut dapat beraksi buat kali pertama di Piala Eropah.

Selepas penyatuan Jerman, Doll menjadi salah satu pemain yang dicari-cari dari negara bekas Jerman Timur. Beliau bersama rakan sepasukannya di Dynamo, Frank Rohde sertai Hamburger SV pada tahun 1990. Selepas satu musim di situ, beliau berpindah ke Lazio dengan kos perpindahan sebanyak 15 juta DM. Beliau beraksi di Lazio selama tiga tahun sebelum kembali ke Jerman pada tahun 1994 untuk sertai Eintracht Frankfurt. Namun disebabkan kecederaan, beliau hanya tampil dalam 28 kemunculan selama tiga musim bersama Eintracht. Selepas setahun di Bari, beliau kembali semula ke Hamburger pada tahun 1998. Beliau kekal selama tiga musim tetapi disebabkan dilanda kecederaan, beliau melakukan persaraan.